Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang biasa, orang awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Banyak-banyak kerbau di padang,
     Memakan rumput di tepi telaga;
Banyak-banyak orang kupandang,
     Ada seorang permainan mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu.
Kurik Kundi Merah SagaSedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.
Kurik Kundi Merah SagaBeli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Kerana sumbu dok habis minyak; Apa guna main mata, Yang itulah dok bagitau orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaDari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak.
12345678910...

Kembali ke atas