Kurik Kundi Merah Saga | Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang dipanggang saja, Hendak direndang tidak berkunyit; Anak orang dipandang saja, Hendak dipinang tidak berduit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh. |