Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rakyat biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Banyak air sedikit minyak,
     minyak juga di atas.

Bermaksud :

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaKuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi?
Kurik Kundi Merah SagaHari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku.
Kurik Kundi Merah SagaBeras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain.
Kurik Kundi Merah SagaKe teluk orang menjala, Dalam telaga jauhlah rasa; Orang lain ada berpunya, Saya berkawan kerana biasa.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan.
1234

Kembali ke atas