Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Anaklah enggang di kayu tinggi,
     Barang jatuh saya pegangi;
Orang dagang kami sanjungi,
     Semoga tuan hiburkan hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk padang tumbuh ke padang, Pucuk keduduk siapa punya; Orang dagang pulang ke dagang, Orang duduk siapa punya.
Kurik Kundi Merah SagaAnaklah enggang di kayu tinggi, Barang jatuh saya pegangi; Orang dagang kami sanjungi, Semoga tuan hiburkan hati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang dagang makan di dulang, Sayang kerbau beri bertali; Dari malu didengar orang, Baik kulangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke selat, Sarat dengan membawa bunga; Sedangkan orang dagang lat, Inikan pula keluarga sama.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKajang saya kajang berlipat, Kajang tuan mengkuang layu; Dagang saya dagang bertempat, Dagang tuan terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaRumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna.
Kurik Kundi Merah SagaSi Upik Siti Rasani, Dua jo Sultan Nasaruddin; Usah diumpat dagang kini, Orang Tiajaran kan nan lain.
Kurik Kundi Merah SagaBiola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaPisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.
1234567

Kembali ke atas