Kurik Kundi Merah Saga | Tabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Permaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu. |