Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pulang ke China, Sampai di China menjual arang; Sudah miskin lagi hina, Jauh beza dari orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |