Kurik Kundi Merah Saga | Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jemur kain sidai di tali, Ikat kuat di dahan beringin; Tuan tak ingin aku tak sudi, Sama-sama mencari yang lain. |