Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(344)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan ditebang pisang awak, Pisang lain banyak lagi; Jangan ditebeng orang tak hendak, Orang lain berlambak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBalasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata.
Kurik Kundi Merah SagaAbang mudik pergi ke Daru, Datang Daru teruslah ke Matu; Orang lain saya tak hirau, Hirau tak hirau kakanda satu.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli.
Kurik Kundi Merah SagaApa kebil pisang memandak, Pisang baling banyak lagi; Apa kebil orang tak ndak, Orang lain banyak lagi.
12345678910...

Kembali ke atas