Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung terdongak-dongak, Mari dongak dalam perahu; Hendak bercium gigi rongak, Orang luar sudahlah tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam. |