Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Percaya pada anak,
     buta mata sebelah;
percaya pada orang lain buta mata keduanya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.
Kurik Kundi Merah SagaHari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana datang siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api.
Kurik Kundi Merah SagaBaju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.
Kurik Kundi Merah SagaSebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaMinyak licin sebelah pangkin, Jikalau mandi dicuci jangan; Kalau mahu hidup miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.
1234

Kembali ke atas