Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat orang bermain mata;
Tinggal sekampung lagi dirindu,
     Apa lagi jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaKeritih tiram tergantung, Limau manis banyak bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Hitam manis baik budinya.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaPadang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini menanam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita sekampung, Malam esok kita bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaPilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya.
12

Kembali ke atas