Kurik Kundi Merah Saga | Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak kerana kunci, Tidak terbuka pintu almari; Kalau tidak kerana budi, Manakan kami datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang. |