Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kelapa menjadi santan,
     Asal santan menjadi minyak;
Jika ada buah termakan,
     Burung liar menjadi jinak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Telentang sama menadah embun,
     tertiarap bersama memakan pasir.

Bermaksud :

Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak.
Kurik Kundi Merah SagaSayang terugai burung terugai, Andung-andung bertali benang; Jika sudah termakan pugai, Tujuh tanjung kau mengenang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang terugai burung terugai, Andung-andung bertali benang; Jika sudah termakan pugai, Tujuh tanjung kau mengenang.
Kurik Kundi Merah SagaMerabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaPohon mangga dalam kebun, Berbuah lebat patah dahan; Salah silap minta ampun, Mana termakan minta halalkan.
Kurik Kundi Merah SagaUlit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan.

Kembali ke atas