Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(52)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAngin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membela ayam selasih, Berilah makan beras melukut; Merajuk pada yang kasih, Marah pada yang takut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membela ayam selasih, Berilah makan beras melukut; Merajuk pada yang kasih, Marah pada yang takut.
Kurik Kundi Merah SagaPada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang.
Kurik Kundi Merah SagaPada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaPetua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang.
Kurik Kundi Merah SagaMasak taugeh goreng lada, Lada ditumbuk lada putih; Tuan menagih pada yang ada, Saya merajuk pada yang kasih.
12345678

Kembali ke atas