Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi menanam selasih, Selasih ditanam di hujung serambi; Bagailah mana hati tak kasih, Kerana tuan baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi makan nasi lemak, Mari makan sambil mengarut; Yang terkena tu tempat tak gamak, Tempat yang bagus tak mahu diturut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi rebus ketupat, Ambil api sorongkan sabut; Saya pergi jangan diumpat, Siang malam mintalah sebut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi; Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi minum kopi, Kalau tak manis taruh gula; Kalau tak boleh bagai di hati, Kalau tak mati separuh gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. |