Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.pa/] | ڤق٢

Definisi : ; ~ lang sj permainan kanak-kanak, longlang burung jawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak-pak

Puisi
 

Pak haji memakai jubah,
     Jubah dibuat negeri Selibis;
Kasih kekal tiada berubah,
     Putus jiwa bersama habis.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Malang Pak Kaduk,
     ayamnya menang kampung tergadai.

Bermaksud :

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyun pak pek pak pong, Ayun laju laju; Apa kakak dukung, Dukung kucing kelabu.
Kurik Kundi Merah SagaPak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis.
Kurik Kundi Merah SagaPak Lekup minta sedekah, Mari sedekah rumah Pak Gapur; Bulan cukup abang nak nikah, Minta duit belanja dapur.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Pak Uda menahan racik, Umpannya kelkatu dalam pinggan; Kalau ada budi yang baik, Menjadi abu orang kenangkan.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari?
Kurik Kundi Merah SagaSayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati.
Kurik Kundi Merah SagaBaju Pak Tua kusut lengan, Ageh bersiar keduanya; Bertemu jalan dengan tunangan, Gelak melengah keduanya.
Kurik Kundi Merah SagaInang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat?
123

Kembali ke atas