| Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila. |