Kurik Kundi Merah Saga | Tak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Darilah pauh bandar mendatang, Tetaklah sampan pancung kemudi; Darilah jauh tuan datang, Kerana tuan hadir di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya ke hulu menebang lalang, Padi muda pancung ke kiri; Apa dimalu didengar orang, Badanku muda berani mati. |