Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dan] | ڤندن

Definisi : sj tumbuhan (daunnya wangi atau berduri), Pandanus spp.; jenis-jenisnya: ~ duri, ~ hutan, ~ wangi; tikar ~ tikar yg dibuat drpd daun pandan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : ; anjing ~ anjing yg merah bulunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, ikan kapas-­kapas, Gerres abbreviatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg daunnya spt daun nanas tetapi lebih tipis dan berbau wangi, Pandanus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandan

Puisi
 

Mati terselit di bawah pandan,
     Pandan berbunga wanginya;
Baru berjumpa muka dan badan,
     Kiranya cincin akan tandanya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Seperti kelopak pandan.

Bermaksud :

Keelokan seorang perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi.
Kurik Kundi Merah SagaMati terselit di bawah pandan, Pandan berbunga wanginya; Baru berjumpa muka dan badan, Kiranya cincin akan tandanya.
Kurik Kundi Merah SagaPandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaHendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.
Kurik Kundi Merah SagaOrang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Pandan pergi ke seberang, Membeli tauhu dengannya ikan; Kalaupun tidak dikenang orang, Tuhan mengetahui iakah bukan.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang dua; Hancurlah badan dikandung tanah, Budilah baik dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaBunga pandan jauh ke tengah, Pulau Sari bercabang dua; Buruk badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman.
Kurik Kundi Merah SagaBarangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring.
1234567

Kembali ke atas