Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gang] | ڤڠݢڠ

Definisi : yg dimasak (dipanaskan, didingin­kan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau per­buatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gang] | ڤڠݢڠ

Definisi : ; memanggang memasak sesuatu di atas bara api dsb: ~ ayam. pemanggang alat yg digunakan utk memanggang sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panggang

Puisi
 

Panggang simbubu tak bertulang,
     Entahkan pandan meluruti;
Emak di kubur takkan pulang,
     Entahkan badan menuruti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna panggang belibis, Panggang punai atas atap; Apa guna tubuh panjang nipis, Rendahmu ni sedap didakap.
Kurik Kundi Merah SagaPanggang simbubu tak bertulang, Entahkan pandan meluruti; Emak di kubur takkan pulang, Entahkan badan menuruti.
Kurik Kundi Merah SagaPulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaMari panggang ikan setual, Orang Melayu makan di rumah; Sedang kembang tuan tak jual, Sudah layu apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaPacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaKulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara.

Kembali ke atas