Kurik Kundi Merah Saga | Raja panggil memukul canang, Canang dipukul bertali-tali; Hendak meminta ataupun meminang, Bolehlah abang meminta sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Jumaat, Pasang dian di pangkal titi; Tepuk bantal panggil semangat, Mahukah kita bersama mati? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di Bongor Lambok, Tahu dipanggil Apek Serona; Putih kuning sarananya tajuk, Nak panggil tak tahu nama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di Bongor Lambok, Tahu dipanggil Apek Serona; Putih kuning sarananya tajuk, Nak panggil tak tahu nama. |