Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kusut di hujung,
     lari (= bawa) ke pangkal.

Bermaksud :

Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTaruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.
Kurik Kundi Merah SagaHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.

Kembali ke atas