Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Cepu-cepu Pangkalan Cina,
     Cepu kecik beragi-ragi;
Kalau dulu abang yang punya,
     Ini sekarang lain berganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaCepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.
Kurik Kundi Merah SagaBerangkat dari pangkalan Landeh, Mencari tali pasar Senyawan; Sudah kupandang kedua kasih, Merosak hati menggugur iman.
Kurik Kundi Merah SagaApi-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan.
Kurik Kundi Merah SagaNak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya.
Kurik Kundi Merah SagaHilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.
Kurik Kundi Merah SagaAluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi.

Kembali ke atas