Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.ku] | ڤڠکو

Definisi : riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa­-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, ling­kungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyeleng­garakan pemerintahan dll, pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.ku] | ڤڠکو

Definisi : , = pangkuan 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. memangku 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? pemangku 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangku
Kata Terbitan : memangku, pemangku,

Puisi
 

Sayang keduduk kayu hutan,
     Hijau biru kelihatan;
Mana duduk di pangku tuan,
     Lemah lesu rasa badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Anak di riba diletakkan,
     kera di hutan disusui.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEmpat lima meragi kain, Tidakkan sama ke pangku puan; Empat lima muda yang lain, Tidak sama adikku tuan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan-menindan limau manis; Cium tinggal pangku tinggal, Tinggal adinda yang manis.
Kurik Kundi Merah SagaMalam tadi mimpikan bulan, Nyiur gugur dengan tandannya; Malam tadi mimpikan tuan, Rasa tidur pangku kancunya.
Kurik Kundi Merah SagaTetak juak si buluh pulau, Pakai menjolok sarang tebuan; Genjukku tangan dari pulau, Niatku mati di pangku tuan.

Kembali ke atas