Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panjang,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(46)

375

All men must die

Semua orang pasti mati.

Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPanjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Kurik Kundi Merah SagaKain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang sifat kaki melela, Orang meraih di Lubuk Johor; Di mana tempat hatimu gila, Hitam manis rambutnya kejur.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang janggut Si Tuan Tambi, Panjang seratus sembilan puluh; Nasib apalah di tahun ini, Padi ditanam lalang yang tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.
12345678910...

Kembali ke atas