Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ji.pan.ji] | ٢ ڤنجي

Definisi : bendera (biasanya yg ber­segi tiga panjang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ji.pan.ji] | ٢ ڤنجي

Definisi : kain yg biasanya berbentuk segi tiga sbg tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panji-panji

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRaden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua.
Kurik Kundi Merah SagaSeri Panji gelaran paman, Menjadi ratu raja di Kedah; Bulan tinggi jauh pandangan, Hamba di bawah menumpang cerah.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap pauh panji, Pauh condong ke barat; Jangan diharap kepada janji, Sauh besi lagi berkarat.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdentung, Panji juala di Pulau Pinang; Petang-petang duduk termenung, Bilakan kala hati nak senang.
Kurik Kundi Merah SagaPandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.
Kurik Kundi Merah SagaLepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti.

Kembali ke atas