Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tai] | ڤنتاي

Definisi : 1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~ menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog) pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai; berpantai mempunyai pantai; memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tai] | ڤنتاي

Definisi : , = ~ laut kawasan daratan yg berhampiran dgn laut; tebing atau tepi laut: Kebanyakan orang suka mandi-manda di ~ pd hari cuti. menyusur ~ berjalan atau berlayar di sepanjang pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantai (kata nama)
Bersinonim dengan pesisir, pesisiran, tebing, pinggir laut, tepi laut;,
Kata Terbitan : berpantai,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Lembah diraih,
     pantai dititi.

Bermaksud :

Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?
Kurik Kundi Merah SagaPantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Kurik Kundi Merah SagaPantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang duduk tepi pantai, Naik ke darat menanam padi; Sungguh lebat bunga di tangkai, Kenapa putik tidakmenjadi.
Kurik Kundi Merah SagaDari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaLagi Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Jangan sanggang bunga kain.
1234567

Kembali ke atas