| Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pulak-pulak si papan-papan, Buah lemak digaul udang; Tuan bertolak kami berpesan, Jangan lama di negeri orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang laksamana berkota papan, Papan diturap empat persegi; Tuan umpama kain kapan, Buruk tidak berganti lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gurok semana-mana papan, Papan kutarah empat persegi; Tuan laksana si kain kapan, Buruk tiada berganti lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gelus semana-mana papan, Papan ditarah empat persegi; Tuan laksana si kain kapan, Buruk tiada berganti lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kucinglah kurus menggarulah papan, Papan digaru kayu jati; Bukanlah kurus tiadalah makan, Kurus mengenang si jantung hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buat rumah berdinding papan, Papan Jawa empat persegi; Bila terkenang tengah makan, Air mata jatuh ke nasi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Meminta mati dalam pangkuan, Meminta siram si air mata. |