Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sj rak drpd kayu dll utk menyimpan perkakas dapur, pagu; 2. rak tempat meletakkan barang-barang di rumah (kereta api dll); 3. sj rak drpd kayu (buluh) utk menjemur tepung (ikan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : getah, karet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg mendahului kata-kata lain utk menyatakan banyak: ~ guru; ~ hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = para-para 1 anyaman drpd buluh dll yg dipasang di atas dapur utk tempat menyimpan barang-barang dapur. 2 rak tempat menaruh barang-barang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : (pokok) getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata para

Puisi
 

Di atas para buah pauh,
     Burung plastik buah Melaka;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Di dalam mimpi kita berjumpa.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara.
Kurik Kundi Merah SagaDi atas para buah pauh, Burung plastik buah Melaka; Tuan jauh saya pun jauh, Di dalam mimpi kita berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari; Keringlah laut selat Melaka, Barulah saya mungkirkan janji.
Kurik Kundi Merah SagaAyam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa.
Kurik Kundi Merah SagaGelugu pakai papan, Buah pauh di atas para; Nak tegur mukanya masam, Dia sudah marahkan saya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.
Kurik Kundi Merah SagaTikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja.
Kurik Kundi Merah SagaTebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih sama selasih, Mari ditaruh atas para; Hati kasih bertambah kasih, Kalau tak jumpa terasa lama.
12

Kembali ke atas