Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(19)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaParang jongkong parang siharap, Diparangku dengan batang kelapa; Tinggi gunung tinggi kuharap, Harap bertutur mulutmu berkata.
Kurik Kundi Merah SagaBukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBukan parang baru ditempa, Parang ada dari dahulu; Bukan sekarang baru berjumpa, Memang dijanji tatkala dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaParang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula.
Kurik Kundi Merah SagaParang bila saya tanjakkan, Tidak peduli kepaya dulang; Barang bila saya hendakkan, Tidak peduli di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaTatkala parang sultan raja, Kapal pecah laut baik; Sungguh emas angkat cahaya, Letak di batu nampak tak baik.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi.
123

Kembali ke atas