Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ri] | ڤاري

Definisi : sj ikan laut; ~ lalat (rimau) sj ikan laut, Dasyatis kuhli; ~ lang sj ikan laut, Rhinoptre javanica; ~ lendir (licin) sj ikan laut, Temera hardwickii; ~ nyonya sj ikan laut, Dasyatis sephen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ri] | ڤاري

Definisi : nama sj ikan laut yg bertulang rawan, Dasyatis kuhli (sephen). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pari

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik Salleh membeli pari, Campur seekor ikan tenggiri; Toleh kanan kiri berdiri, Soal kubur datang mencari.
Kurik Kundi Merah SagaBulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Gayah menukang pari, Patah tambak gelombang satu; Bukan senang ambo ke mari, Sepok dek ombak gelombang satu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali menikam pari, Tala suntung tala sumpit; Bukan sengaja saya ke mari, Bawa pantun dengan nasib.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja menikam pari, Kulit gutung di hujung galah; Bukan sengaja lepas ke mari, Untung takdir diberi Allah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat ikan sembilang, Anak pari dalam raga; Kalau tak dapat masa sekarang, Kemudian hari ambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina memasang colok, Pergi ke pasar membeli pari; Jangan gegar jangan dijolok, Kerana buah muda lagi.
12

Kembali ke atas