Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sang.pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : sj pe­nyakit yg disebabkan oleh terkumpulnya bendalir yg tidak normal dlm ruang kekantung pd buah zakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang-pasang

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(15)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan.
Kurik Kundi Merah SagaPasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.
Kurik Kundi Merah SagaHari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak pasang mercun, Pasang mari Kuala Muar; Kepada tuan menjadi racun, Dengan saya jadi penawar.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Pasang sekali di rumah dapur; Apa guna berpandangan mata, Pandang sekali hatiku gugur.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Pasang tanglung baik lagi; Apa guna bermain mata, Ambil langsung baik lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati.
Kurik Kundi Merah SagaPasang air Tanjung Simasta, Pasang tidak bertenang lagi; Budi tuan lekat di mata, Makan tidak kenyang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang tengah jalan, Pasang mari terus ke pagi; Jika terkenang tengah makan, Air mataku jatuh ke nasi.
12345678

Kembali ke atas