Kurik Kundi Merah Saga | Angkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pasar membeli keladi, Opak ubi sama borongkan; Biarlah biar apa terjadi, Kehendak hati saya turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membeli tali di pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Merosak hati menggugur iman, Menyuruh gila apakan jadi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Harap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang pergi ke pasar, Belikan saya ketam lumut; Kalau abang pergi belayar, Tinggalkan saya kain selimut. |