Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. hilang keberanian. b. tidak mahu berusaha lagi; kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Jangan bagai orang patah selera,
     banyak makan.

Bermaksud :

Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPadi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaJantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaPatah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak ndak bercerai, Kehendak Allah siapa yang tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu.
12

Kembali ke atas