| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah gendong saya gendong, Patah gunting saya hempaskan; Sudah dapat pagar tergulung, Lancang kuning saya lepaskan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah galah di hujung tanjung, Hendak belayar angin mati; Kucing bergalah tikus berdayung, Mengapa ikan menghempas diri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah satu tinggal dua, Tanam selasih si tanam padi; Adik tunduk malu siapa, Kenang kekasih tunang tak jadi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah pelantik dibuat mengkawan, Ambil tempurung pecah ke batu; Entah adik ada bantuan, Dua burung sangkarnya satu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu. |