Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pauh] | ڤاءوه

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), a) Mangifera indica; b) = ~ damar mempelam bemban, Mangifera pentandra; ~ janggi sj tumbuhan (palma), nyiur laut, Lodoicea maldiviica; ~ kijang a) sj tumbuhan (pokok), kebayang, merelang, Irvingia malayana; b) sj tumbuh­an (pokok), babi kurus, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, kijai, Trigonochlamys griffithii; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), katak udang, ketak udang, otak udang, puan, terentang tikus, Buchanania lucida; ~ pungah sj tumbuhan (pokok), balai, Aralidium pinnatifitdum; pipi laksana ~ dilayang ki pipi yg licin dan penuh (bkn pe­rempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : ark sj sukatan yg bersamaan dgn suku cupak, kepul; berpauh-pauh; ~ padi menyukat-nyukat padi dgn pauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : ; ~ layang Kl sj kuih drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn mangga tetapi lebih kecil), Mangifera indica. ~ damar Mangifera pentandra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pauh

Puisi
 

Pucuk pauh cendera pauh,
     Pucuk bemban ladung meladung;
Abang jauh saya pun jauh,
     Rindu dendam sama menanggung.


Lihat selanjutnya...(90)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh cendera pauh, Pucuk bemban ladung meladung; Abang jauh saya pun jauh, Rindu dendam sama menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh asam pauh, Mari diambil dari hulu; Tuan jauh saya jauh, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap pauh panji, Pauh condong ke barat; Jangan diharap kepada janji, Sauh besi lagi berkarat.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati?
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh asam pun pauh, Makan sama santan kelapa; Adik jauh abang pun jauh, Bagaimana kita hendak berjumpa?
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh asam pun pauh, Pokok pinang condong ke barat; Adik jauh abang pun jauh, Kalau rindu tulislah surat.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap pauh di sini, Pauh tumbuh jauh ke darat; Jangan diharap kepada janji, Kalau silap adik melarat.
123456789

Kembali ke atas