Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya.pa.ya] | ڤايا٢

Definisi : ark air ludah sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paya-paya

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah.
Kurik Kundi Merah SagaJika puan pergi ke paya, Jangan ke paya dengan Cik Siti; Jika tuan kurang percaya, Saya rasa berkecil hati.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar.
Kurik Kundi Merah SagaPaya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak.
Kurik Kundi Merah SagaPaya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama.
Kurik Kundi Merah SagaBelok-belok paya ke kanan, Daun nangka berjari-jari; Rupa elok tak boleh nak makan, Budi bahasa saya nak cari.
12345678910

Kembali ke atas