Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cah.pe.cah] | ڤچه٢

Definisi : pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah-pecah

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPecah-pecah sepak raga, Tentang sepak kusepak juga; Tujuh bilah keris di dada, Tentang kulekuk kulekuk juga.
Kurik Kundi Merah SagaPokok nangka pohon cempedak, Pecah-pecah bunga senduduk; Kecil jangan disangka budak, Gajah tersungkur oleh pelanduk.
Kurik Kundi Merah SagaPecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaPecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.
Kurik Kundi Merah SagaPecah boyan pecah tempayan, Mari dikorek penyuci kaki; Hilanglah nuri diganti bayan, Nuri teritung batang melentik.
Kurik Kundi Merah SagaTukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh.
Kurik Kundi Merah SagaBatu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau beli bunga selengkar, Tanya dulu berapa harganya; Ibarat telur penuh sesangkar, Pecah sebiji pecah semua.
Kurik Kundi Merah SagaPecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas.
Kurik Kundi Merah SagaKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.
12345

Kembali ke atas