Kurik Kundi Merah Saga | Buah pedada dalam baldi, Masak nasi hari petang; Hidup kita biar berbudi, Hingga mati dikenang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau buah masak di para, Kujolok juga walau setangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau hayatku salah ada, Sudilah juak bunga terpakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak menanam selasih, Ambil pedada letak titi; Kamek di sini bertanya kekasih, Ambil kami sebagai ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak menanam selasih, Ambil pedada letak titi; Kamek di sini bertanya kekasih, Ambil kami sebagai ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilanglah nila pembantu puan, Sayang berempat buah pedada; Adakah hilang kasihmu tuan? Burung terbang dipipis lada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin timur gelombang barat, Angin merebah buah pedada; Seorang di timur seorang di barat, Rasa pecah dalam dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu cengal dua buah, Muat sarat si buah pedada; Kuala Jengal kampung bertuah, Tempat orang bermain mata. |