Kurik Kundi Merah Saga | Sembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. |