Kurik Kundi Merah Saga | Segetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Segetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang ulam pegaga, Putik belimbing getu-getu; Petang-petang abang ada, Jentik dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kutip udang ulam pegaga, Hendak letak tiada berbara; Anak orang orang juga, Hendak minta tiada belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan di rumah masak pegaga, Biarlah saya mencari cendawan; Biarlah saya lapar dan dahaga, Asalkan dapat bersama tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ubi hendak dijual, Jual sekali pegaga di sawah; Berdetak di hati terbit kesal, Manalah terduga akannya padah. |
Kurik Kundi Merah Saga | 8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Daik banyak kelapa, Pulau Karimon banyak pegaga; Budi baik payah dilupa, Beribu tahun dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. |