Kurik Kundi Merah Saga | Malam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pelanduk punca sembilan, Anak di dalam isi sepuluh; Harap hati nak tidur bertilam, Tubuh tergolek di lantai buluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Helang-helang kaki pelanduk, Gulai daun dipatah dua; Kamek sehelang dengan juak manuk, Lama laun sudinya juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elang elok kaki pelanduk, Hilang lalu dipatah dua; Janganlah pandai menganuk, Lambat laun terdengar jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa. |