Kurik Kundi Merah Saga | Pasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tutunglah dia tutung pelita, Pakai menyuluh si gagang sirih; Berperanglah datang dengan dewa, Hendak merebut intan terpilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan ribut pasang pelita, Sapu tangan berisi bunga; Orang hidup jangan dicerita, Lepas di tangan orang yang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit. |