Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur dulang kelapa dulang, Nyiur manis condong ke paku; Peluk timbang tangis timbang, Jangan menangis ingatkan aku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api bergulung-gulung, Anak buaya mulut disimpai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri si burung tiung, Turun makan di tepi pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi. |