Kurik Kundi Merah Saga | Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Penat saya menabur budi, Belum juga mendapat jasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala. |