| Kurik Kundi Merah Saga | Pergi kehulu buah rambutan, Sayang durian tiada berbunga; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna. |