Kurik Kundi Merah Saga | Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banting-banting tumbuhlah damit, Disukat bahagian panjang; Pengantin lagi damit, Ibu bapanya akan menentang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berkayuh dalam perahu, Kerana hendak mudik ke hulu; Minta selamat pengantin baru, Dari anak hingga ke cucu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. |