Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.kat] | ڤڠيکت

Definisi : 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.kat] | ڤڠيکت

Definisi : 1 benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2 orang yg mengikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Kuda ini kuda buatan,
     Mari tambat Johor Lama;
Rumah buruk pengikat rotan,
     Kalau baik kutunggu lama.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua.
Kurik Kundi Merah SagaKuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina turun memukat, Dapat seekor ikan labi; Biar kukuh pegang pengikat, Burung terbang tak balik lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAbang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke huma, Tolong penggal pisang sesikat; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi helang pengikat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke huma, Tolong penggal pisang sesikat; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi helang pengikat.

Kembali ke atas