Kurik Kundi Merah Saga | Apa penjolok di bintang sayang, Batang padiku sambung lima; Apa pemujuk hatimu sayang, Sanggul lintang kusisip bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pandan meniti pudak, Pudak dititi kayu berdiri; Bunga tinggi penjolok bunak, Jikalau sudi jatuh sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular di titi di kodak, Titi mari pandan berduri; Bunga tinggi penjolok buntak, Kalau sudi jatuh sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. |