Kurik Kundi Merah Saga | Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis limau kasturi, Penuh berisi dalam dulang; Saya senyum untuk sendiri, Bukan tujuan pemikat orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Entah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau beli bunga selengkar, Tanya dulu berapa harganya; Ibarat telur penuh sesangkar, Pecah sebiji pecah semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba. |